Saturday, 29 December 2012

Adakah Tuanku Munawir mempunyai 3 Isteri selain Tunku Durah, Engku Fatimah Zaharah dan Asiah??

Tarikh: 29-12-2012

Khabar yang amat menggemparkan saya dan mungkin juga seluruh keturunan Tuanku Munawir yang saya terima hari ini... Kepada sesiapa yang mengetahui..bolehlah memberikan jawapannya seberapa segera...

a,kum, sy azmi dr kota bharu, seorang kwn sy telah mintak tolong utk searching kaum kerabat dia kat n.sembilan n dia kata arwah ibunya adalah berketurunan Tuanku ismail dan tuanku telah diberi gelaran sebagai tuanku Munawir. tuanku Munawir telah berkahwin dgn seorang rakyat biasa bernama asiah, seorang jururawat. Mrk dianugerahkan beberapa org anak tp ibu kpd kwn sy ni bernama noraini…selama ni kwn sy t telah pun berusaha utk megenali keturunannya dr kerabat diraja negeri Sembilan tp ianya terhenti seketika anyway, kami berdua akn ke sana sekiranya ada bantuan drpd pihak saudara…ini no, hp sy 0129501492 

Mencari Jawapan Tentang Siapakah itu Wak Donan?

Tarikh: 7-12-2012

Anonymous has left a new comment on your post "The Sultanate of Langkat": 

moyang saya ialah wak donan dan moyang wak donan saya itu dikatakan sultan langkat. boleh kah tuan mengkaji siapa wak donan ini? dan dikatakan sultan langkat tersebut mengamalkan ajaran tarikat. adakah benar?

Soalan untuk Tunku Dato Iskandar Dzulkarnain dari Saharudin Idris

Shah Azizu has left a new comment on your post "tunku dato iskandar dzulkarnain": 

assalamualaikum...tuanku..patik daripada generasi ke6 tok laut daeng lembok yang berasal dari pahang..patik ingin bertanya..kerana patik mempunyai salah silah 3 beradik daeng lembok ank kpada daeng merah..yg diamanatkn oleh datuk patik idris ahmad ank kpda tok laut..sudah berabat lamanya patik mencari kaum kerabat daeng lembok kemana menhilang..harap tuanku dapt membntu patik..call 0179877240/0179305300 saharudin idris.. 

tuanku patik...ingin bertanya boleh patik tau dimana..keturunan patik iaitu daeng lembok..kerana patik masih lagi menyimpan salasilah tersebut..daeng lembok,daeng mertam,daeng koroh...patik dari generasi ke 6 anak cucu ahmad..anak kpda daeng lembok...call 0179877240/0179305300 

Komen Pengunjung Blog pada 14hb Jun 2012

Asalamualaikum Tuan,
saya mencari maklumat tentang Tuanku Munawir, Raja negeri Sembilan selepas Yang DiPertuan Agong Pertama yang juga moyang kepada Tuan.
Terima kasih kerana dengan blog ini kami rakyat Malaysia dapat sedikit cebisan sejarah Tuanku Munawir.
Agak pelik kerana carian Google hampir tidak ada langsung tentang Tuanku Munawir WALAUPUN baginda merupakan Pemangku yang DiPertuan Negeri Sembilan semasa Tuanku Abdul rahman menjadi Yang DIPertuan Agong.
Boleh dikatakan TIDAK sebarang gambar dan dokumen tentang pemerintahan beliau.
Lebih menghairankan rakyat apa lagi yang di bawah 50 tahun hampir tidak pasti kewujudan pemerintahan beliau KECUALI melihat kepada SMK Tuanku Durah di Seremban.
Saya berharap Tuan dapat memuat turun lebih banyak gambar yang akan menjadi rujukan kepada pengkaji sejarah pemerintahan dan latar belakang beliau.
Saya juga berharap agar sumbangan Tuan ini akan menjadi dokumen kepada pelajar dan menjadi bahan untuk semua rakyat malaysia terutamanya Negeri Sembilan sendiri.
Terima kasih sekali lagi
azmi 

Saturday, 1 December 2012

Salam Kembali setelah sekian lama tidak aktif didalam Blog ini...

Salam sejahtera buat semua.

Terima kasih juga kepada semua yang sering menghantar komen, pertanyaan dan tak ketinggalan pujian tentang laman blog saya yang tak seberapa ini.]

Saya amat terharu apabila ada yang cuba berkomunikasi melalui blog ini tapi saya tak dapat berhubung dengan mereka kerana mereka tidak meninggalkan sebarang Nombor Telefon atau e-mail kepada saya.
Akan tetapi... saya tetap berterima kasih dan berbesar hati diatas perkara-perkara seperti diatas.

hari nie saja nak paparkan gambar-gambar kenangan lama dari album adik perempuan saya yang kebetulan terdapat sekeping gambar arwah nenek saya yang telah lebih 20 tahun kembali ke Rahmatullah. Nama beliau juga kian terpadam sama seperti terpadamnya dirinya sendiri.

Baiklah... Inilah dia nenek saya, bekas isteri kepada Tuanku Munawir yang telah di bawa lari dari Seri Menanti, Negeri Sembilan bersama-sama arwah bonda saya dan kakak bonda saya pada masa itu (kira-kira lebih dari 50 tahun yang lalu) ke Raub, Pahang. Nama beliau ialah Engku Fatimah Zaharah Engku Adnan. Beliau lebih dikenali dengan nama pendeknya, Engku Tarah.

Beliau merupakan isteri kedua Tuanku Munawir. Akan tetapi, beberapa masalah yang tak dapat dihuraikan disini, beliau serta kedua-dua anak gadisnya (Tunku Silah dan Tunku Banun), terpaksa meninggalkan segera tanpa prejudis ke Negeri Pahang atas arahan Tuanku Munawir. Rombongannya juga telah diiringi bersama-sama Luak Undang Johol (yang telah tinggalkan Negeri Sembilan) berserta beberapa pengikut setia yang lain.

Agak panjang kisahnya kalau nak bercerita, tapi... biarlah rahsia kejadian dan punca kejadian tersebut di rahsiakan buat masa kini, kerana saya keberatan untuk membongkarkan perkara yang tak enak ini demi kesejahteraan semua keturunan dan keluarga Tuanku Munawir (termasuk kami sekeluarga). Yang penting bagi saya ialah... Dari ganggang pulang ke ganggang seperti apa yang telah dikembalikan kepada YAM Tuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir adalah kebanggaan kami semua sebagai keturunan Tuanku Munawir yang sudah lebih dari 40 tahun sengaja di tenggelamkan. Dengan timbulnya kembali keturunan ini, diharap kedaulatan dan kebanggaan rakyat Negeri Sembilan terhadap pemerintah yang adil, pemurah, baik hati, rendah diri dan terpenting sekali ialah Raja yang kuat berpayungkan Ajaran Islam yang sebenar (Mukmin dan Taqwa kepada Allah), adalah harapan besar kami semua.

Dibawah ini ialah sepotong gambar nenek saya yang saya dapat. Untuk gambar-gambar lainnya... agak sukar saya dapatkan kerana tak semua adik-beradik saya yang tulus untuk memberikan saya gambar-gambar tersebut.. termasuklah beberapa gambar penting (bukti bonda saya bersama ayahandanya). Harap maaf....