Thursday, 22 September 2011

Warkah Buat Kaum Kerabat Tuanku Antah yang belum mengenali diriku.. Diharap penjelasan ini dapat membongkar sedikit sejarah lama yang mungkin samar2 agar ia dapat menjadi terang & bersuluh kelak hendaknya...




Mungkin juga ramai yang tidak mengenali kami sekeluarga. Mungkin juga kisah pribadi hidup Tuanku Munawir juga tidak banyak orang lain tahu & masuk campur.






Kisahnya juga kewujudan Tuanku Munawir beristeri dua juga semestinya adalah juga rahsia pribadi beliau semasa hidup baginda. Al-maklum sahajalah... Mana ada isteri yang ada akan menerima suaminya beristeri lain selain dari beliau sendiri...


Kisah silam ini berlaku agak lama dahulu. Dikatakan seorang isteri akan berada di Negeri Sembilan (Tuanku Durrah) & isteri yang satu lagi akan berada di Raub, Pahang (Engku Fatimah Zaharah).



Ceritanya, kedua2 isteri mempunyai Kehebatan kekerabatan mereka masing2.
Yang satu adalah dari keturunan Tuanku Burhanuddin.
Manakala pula yang satu adalah dari Keturunan Bendahara Riau (Engku Adnan Engku Puteh).



Untuk mengelakkan pertelingkahan & perasaan cemburu mencemburui... semestinya masing2 perlulah di asingkan jauh2 supaya aman & sejahtera.



Sememangnya.. tidak dapat dinafikan, kekuatan Kerabat Negeri Sembilan adalah dari semua keturunan Yam Tuan Antah. Tapi kita juga perlu ingat baginda juga adalah dari berdarah keturunan Daeng Merewah (saudara kedua Daeng Celak & Daeng Parani). Sejarah memang ada menceritakan semua golongan keturunan Minangkabau Pagaruyung berdarah campur antara Minang, Bugis, Aceh & Arab (Parsi).



Setiap kejadian ada rahsianya... Lebih2 lagi rahsia dari Allah Swt.
Setiap perkara ini ada hikmahnya...
Tetapi kami sekeluarga bukanlah berdiri untuk menuntut apa2. Kami sekeluarga hanya ingin dikenali oleh kaum kerabat sahaja sebab...kami sendiri ada rezeki masing2 yang dapat menghidupkan ekonomi kami sendiri...







Kalau dikira..saya amat berbangga dengan prinsip arwah Ayahanda saya, kerana apa yang dia & keturunannya (moyang saya: Teuku Taib, dari warga cabang Daeng Parani (abang sulung Daeng Merewah & Daeng Celak), yang lebih suka kepada menjadi Ulamak & ini adalah lebih besar kehebatannya disisi Allah swt. Nilai taqwa & ibadah, ganjarannya adalah maha besar & kekal buat selama2nya...



Disisi Allah swt. bukan gelaran didunia yang akan membawa keberkatan keAlam Barzah maupun kekal di Alam Syurga, tetapi setiap Amalan Kebaikannya adalah dituntut sampai ke Padang Mahsyar..kan begitu?






So,
Saya sekeluarga dah biasa hidup susah. Arwah Bonda saya juga dah biasa hidup susah. Meninggalkan & terus menghilangkan namanya & gelarannya (Tunku).. menggantikan hanya nama biasa..iaitu, Seri Banun binti Kateb Eran je... Pelikkan? Tapi ini adalah Amanah dari Almarhum Tuanku Munawir sendiri sebab beliau tahu.. sekiranya Bondaku masih membawa nama asalnya..Barangkali..kami adik beradik sekeluarga mungkin takkan wujud sampai hari ini.... Dendam pasti berlaku...


Tapi,
Semua itu adalah cerita lama kami..
Saya masih ingat lagi, saya sebagai cucu sulung dari Arwah Bondaku.. walaupun lahir di Kuala Lumpur.. Tetapi, sekiranya Almarhum Tuanku Munawir nak berjumpa & bermain2 dengan cucunya (saya).., maka, Arwah Ayahanda & Bonda saya akan membawa saya ke Perak je.. Samada ke Slim River, Tg Malim ataupun ke Kg Banir..dimana..disanalah ramai kaum kerabat sebelah Arwah Bondaku bertapak. Mereka lebih dikenali sebagai Orang Rawa @ Orang Awak dalam istilah bahasa Minang.



Saya masih ingat, cerita2 Arwah Bonda saya... tentang banyak kisah yang berkait dengan dirinya sebelum dibawa lari ke Pahang. Ya.. masa itu, Arwah Bondaku memang masih tinggal dikawasan Seri Menanti. Katanya, beberapa hari sebelum pernikahannya dengan sepupunya (masa itu).. tiba2, datang arahan dari Ayahandanya untuk melarikannya bersama2 kakaknya & ibunya ke Pahang. Atas sebab perkara apa tak jelas.. tetapi akibat dari perkara yang sedemikian..maka...pertengkaran besar telah berlaku & ramai dari kerabat sebelah Bondaku & dari sebelah kerabat Tuanku Antah telah berpatah arang.


Maka,
Disitulah hilangnya beberapa orang penting dalam kerajaan Negeri Sembilan..termasuklah Luak Undang Johol..yang mana cucu beliau masih ada di Raub, Pahang sebagai kontraktor Am. Sedangkan.. Arwah Bondaku & kakaknya terpaksa bersekolah di Sekolah Agama Ulu Dong & hidup sebagai Rakyat jelata & wajib merahsiakan siapa Bapa Kandungnya yang sebenar.



Begitu juga, saya masih ingat pesanan Arwah yang juga telah mengatakan bahawa, Torombo (buku salasilahnya), telah dibawa ke Kg Banir, Perak, dibawah pemeliharaan keluarga Arwah Bapa Saudaranya sampai sekarang. Sedangkan, keris bukti ikatan yang selama ini berada didalam tangan saudara sepupu saya di Raub, Pahang, telah tiba2 hilang akibat adiknya (saudara dari ibu yang lain).. telah menggunakan keris tersebut untuk menarik nombor...






Selain itu.. saya juga masih ingat tentang cerita dari Arwah Bonda saya... tentang banjir besar di Tasik Bera..
Semasa kejadian tersebut.. Almarhum Tuanku Munawir & Tuanku Sultan Pahang sedang memudiki Tasik tersebut didalam suasana banjir. Tiba2 bot yang dinaiki mereka telah dilanggar sesuatu sehingga hampir2 terbalik. Apa yang memeranjatkan mereka ialah.. terlekat sisik keemasan sebesar sebuah dulang didinding bot tersebut. Kata Arwah Bondaku.. sisik itu adalah sebagai tanda kenang2an yang kini disimpan dengan baik didalam Istana Pekan, Pahang.





Dan lagi,
Semasa diawal tahun 2000, Arwah Bonda saya pernah 2 kali datangi ke Negeri Sembilan untuk menghadap Ayahanda saudaranya, Almarhum Tuanku Jaafar, tetapi Arwah Bonda saya dengan hampanya terpaksa pulang ke Kedah kerana Almarhum Tuanku Jaafar enggan menemuinya pada masa itu. Dan tak lama dari peristiwa itu, Arwah Bonda saya telah jatuh sakit & akhirnya meninggal dunia.


Jadi...
Bayangkanlah nasib keluarga kami disini.. Ramai yang tahu & mengenali disana. Tapi ramai juga yang berpura2 tak tahu kerana siapalah keluarga kami.... Lebih2 lagi, bagi warga di Negeri Sembilan mungkin akan menganggap kami sekeluarga sebagai Anak2 Gahara sebab Arwah Bonda kami tak berkahwin dengan warga Negeri Sembilan, malah telah berkahwin dengan Ayahanda saya, Arwah Ustaz Hj Kamaluddin, yang hanya merupakan ustaz & bukannya Kerabat yang ada nama di Negeri Kedah.






So...
Menjawab kepada YM Tuanku... anakanda YM Tuanku Sulaiman ibn Tuanku Antah... yang juga merupakan mungkin Atuk @ Nenek saudara saya.. yang masih musykil tentang siapa diri saya.. maka harap di ampunkan segala salah silap saya, sekiranya Tunku kurang mengenali diri saya yang hina ini...
Sedikit hujung kukupun saya tak berkecil hati sebab sememangnya..siapalah saya sekeluarga ini...


Cuma..
Mungkin wajah saya yang hampir seiras dengan YAM Tuanku Mukriz ibn Tuanku Munawir.. mungkin akan dapat memberi penjelasan yang lebih tentang kewujudan saya ini. Selebihnya..saya tidak dapat menjelaskan sebab sedari kecil saya memang tak diberitahu sangat asal usul Arwah Bonda saya kerana mungkin beliau ingin saya & adik2 saya dapat hidup sampailah saya kini berusia 49tahun.


Alhamduillah... Dengan izin Allah..saya & ahli keluarga saya dapat mencari rezeki yang halal & baik sampai kini walaupun terpaksa bekerja membanting tulang 4 kerat. Saya redho & saya pasrah. Saya juga beruntung & rasa bertuah kerana, tanpa say sedari Jodoh pertemuan hidup saya yang ditentukan Ilahi juga adalah dari Cicit Sultan Jamalul Kiram (Sultan Sulu) yang merupakan atuk saudara kepada Sultan Hassanal Bolkiah, Sultan Brunei sekarang. Isteri saya juga berperwatakan & berperibadian sama seperti Arwah Bonda saya yang sanggup hidup tanpa kekayaan, tanpa nama & tanpa berpangkat demi untuk seorang suami sampailah kini yang merupakan hampir2 23 tahun perkongsian hidup kami bersama. Segala nama & gelaran asal beliau telah juga dikuburkan di Sabah selama berkahwin dengan saya.



Jadi..
Inilah kuasa & kehebatan Allah swt yang masih menyanyangi hambaNya. Tuhan yang begitu hebat didalam percaturan hidup seseorang..tetapi dapat menyatukan sesiapa sahaja Dia kehendaki....


Amin..... Saya sudahi warkah ini buat masa ini ye.. kerana tugas saya hari ini ialah mempastikan isteri saya dapat terbang lusa untuk ke Sulawesi Utara untuk berjumpa Bonda kandungnya yang sedang Nazak (dah 100 tahunpun). Marilah kita sama2 mendoakan keselamatannya & kesejahteraannya... Amin...Ya Allah.